Jurulatih Kecergasan@FemaleTrainers-KL.info
Username: Password: No Account ? Sign Up Now



Female Trainers KL



Discussion Topics
Be Fit Malaysia | Best Gyms In Petaling Jaya | Best Personal Trainer In Kl | Body Factory Gym & Fitness Centre | Celebrity Fitness Price Per Month | Certified Professional Trainer Malaysia | Enrich Fitness Kepong Zumba | Fitm Malaysia | Fitness Coach PJ | Fitness First The Curve Timetable | Fitness Malaysia | Gym Malaysia | Gym Trainer Kl | Hiit Classes Kl | Kerja Kosong Gym Kuala Lumpur | Ladies Gym Selangor | Mid Valley Gym Price | Rockafella Gym Ampang | Rockafella Gym Bandar Baru Selayang


Jurulatih Kecergasan





Disini saya rangkumkan jurulatih peribadi, jurulatih gymnasium, jurulatih senamrobik dalam satu perkataan iaitu jurulatih kecergasan. Kesemuanya terlibat dalam bidang kecergasan.Bagaimana menjadi seorang jurulatih kecergasan? Sebenarnya di Malaysia agak mudah jika ingin menjadi seorang jurulatih kecergasaan disebabkan masih kurang kepakaran dan saingan dalam bidang ini, siapa saja boleh jadi. Jika di gym komersial, sesiapa yang pandai buat jualan sudah dikira layak berkerja sebagai jurulatih kecergasan kerana gym-gym komersial ini lebih mementingkan jualan pakej jurulatih peribadi mereka. Dalam masa yang sama, pernah tak anda lihat, seseorang yang sangat gemuk, perut mencecah 36 bulan bersalin, lagi teruk dari 9 bulan bersalin menjadi seorang jurulatih senamrobik. Atau mungkin pernah lihat seseorang yang kita sekali tengok pun rasa macam dia tak pernah bersenam tapi menjadi jurulatih kecergasan. Rasanya siapa bergiat dalam bidang kecergasan tahu kut siapa-siapa yang saya katakan. :D. Adakah itu imej dan kualiti jurulatih kecergasan di Malaysia? Peluang kerjaya? Adakah jurulatih kecergasan diperlukan? Dengan pertambahan gym-gym komersial, pusat kecergasan, gymnasium rakyat, studio-studio senamrobik, lebih banyak jurulatih diperlukan.

Sebagai seorang jurulatih kecergasan, limit bukan sahaja di gymnasium atau studio-studio senamrobik tetapi juga boleh bekerja bebas. Kita ada sekitar 14 juta rakyat berumur 18-60 dan jika kita ambil 1 peratus berkemampuan untuk membayar pakej jurulatih peribadi, pun ada sekitar 140 ribu orang. Kalau 1 jurulatih ambil 10 orang, kita perlukan 14 ribu jurulatih. Adakah cukup jurulatih kecergasaan di Malaysia? Jika dicampur jurulatih bertauliah dengan tidak bertauliah pun rasanya masih tidak mencukupi.. Berapa pendapatan seorang jurulatih kecergasan? Mungkin ada yang memandang remeh kerjaya seorang jurulatih kecergasan. Pernah seorang wanita bekerjaya memandang saya sebelah mata sahaja disebabkan memikirkan gaji seorang jurulatih kecergasan ini rendah. Jika bekerja di gym-gym komersial boleh dapat gaji pokok sekitar 1 ribu ke 2 ribu sebulan.

Purata pendapatan untuk seorang jurulatih kecergasan 'biasa' sekitar 3 ribu hingga 5 ribu sebulan, dan jangan terkejut jika ada jurulatih yang dapat gaji sekitar 15 ribu ke 20 ribu sebulan atau mungkin lebih. :D. Masih belum terlambat untuk mencuba. Jurulatih kecergasan perlu memiliki banyak kemahiran. Seorang jurulatih kecergasan perlu pandai menganalisa, sabar dalam melayan karenah pelanggannya, saya pernah melayan pelbagai jenis pelanggan, ada yang sampai tahap bawa kamus arnold schwarzenegger ke dalam gym nak tunjuk latihan dia betul.:D. Jurulatih kecergasan juga perlu pandai merancang dan diri sendiri juga perlu terancang, bagaimana seorang jurulatih yang kehidupan tidak terurus nak menguruskan orang lain. Seorang jurulatih kecergasan juga perlu menjadi seorang motivator yang baik dalam memberi semangat kepada pelanggannya. Yang paling penting seorang jurulatih kecergasan perlu menjadi pendengar yang baik. Kekadang itu, bukan setakat cerita pasal latihan je, sampai cerita pasal kehidupan pun diselitkan. Tidak semestinya badan perlu kelihatan sebagai seorang ahli bina badan.

Cuma perlulah menjadi contoh untuk memotivator kan orang lain. Janganlah seperti yang saya kata tadi, perut 10 kali lagi besar dari pelanggan, pelanggan pun fikir 100 kali, 'betul ke orang ini boleh kuruskan aku ni?'. Dapatkan kelayakan sekurang-kurang satu sijil yang mengiktifkan anda sebagai seorang jurulatih kecergasan. Banyak organisasi yang terlibat dalam mengiktirafkan jurulatih kecergasan di Malaysia. Antaranya Federation & olympic committee of International Sports, Aerobics zumba hatha yoga and Fitness , American Council following the granting of Exercise , American College of physical education and Sports Medicine , National strength and conditioning Association of Fitness centre or the Instructor di Malaysia, malah kerajaan kita sendiri ada menyediakan kursus-kursus jurulatih di Kementerian Belia dan Sukan , kursus kejurulatihan sains sukan di bawah Majlis Sukan Negara dan lain-lain. Jika ingin mendapatkan pengiktirafan daripada NAFI, boleh hubungi saya.

Saya akan ajukan pada pihak berkenaan. Pilih suatu organisasi yang diakui secara nasional dan terakreditasi. Bayaran purata untuk melengkapi semua sehingga ke peringkat master dalam sekitar rm4000. Dapatkan sijil Cardio Pulpomonary Resuscitation atau Pertolongan Cemas. Boleh ambil di hospital-hospital yang menawarkan seperti St John Ambulance of more outlets in Malaysia dan lain-lain. Terdapat juga jabatan-jabatan swasta yang menyediakan kursus pertolongan cemas yang diluluskan. Zaki Khan juga menawarkan tetapi berdasarkan jumlah peserta minimum. Kenapa perlu pertolongan cemas? Sering kali saya lihat bila terjadi kecederaan di gymnasium, para jurulatih tak tahu nak buat apa.

Pernah terjadi kes di salah satu gym komersial di Malaysia, bila seorang jatuh dari treadmill disebabkan masalah jantung, jurulatih yang berada di sana boleh pulak menggunakan alat kejutan elektrik untuk menyedarkan pelanggan itu dan menyebabkan jantung meletup dan mati di tempat kejadian. Rasanya ramai tahu pasal kes ini. Perlu diingatkan bahawa jika sesuatu di luar kerja kita, jangan buat. Saya sendiri pun tak faham bagaimana gym tersebut boleh menyimpan alat tersebut di gym. Mungkin di Malaysia masih kurang keperluan disebabkan pasaran yang belum kompetitif, tetapi bersedialah awal. Lengkapkan profil diri dengan kepakaran khusus dalam sesuatu bidang seperti jurulatih untuk ibu mengandung, jurulatih untuk warga emas, jurulatih untuk kanak-kanak, jurulatih untuk sakit-sakit tertentu dan lain-lain. Mendapatkan suatu kepakaran bererti anda mempunyai sesuatu yang lain untuk ditawarkan berbanding jurulatih yang lain. Naikkan nama, konsepnya seperti menjual produk, anda perlu memperkenal produk tersebut pada orang ramai. Kenalkanlah diri anda kepada umum. Antara cara mudah boleh melalui facebook, forum-forum, kad perniagaan, laman web bahkan menghadiri sesuatu majlis keramaian seperti kursus, pertandingan dan lain-lain.

Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Jika di Amerika, untuk menjadi seorang jurulatih kecergasan sekurang-kurangnya kena mempunyai ijazah disebabkan saingan yang tinggi di sana. Di Malaysia mungkin ambil masa dalam 5 tahun lagi sebelum persaingan menjadi sengit di mana kita perlukan sesuatu yang hebat untuk menonjolkan diri kita. Antara ijazah yang berkaitan seperti. Jika ingin menjadi seorang jurulatih yang berpengetahuan tentang nutrisi boleh mengambil ijazah pemakanan. Jika ingin menjadi seorang terapi senaman, boleh mengambil ijazah fisioterapi. Dan pelbagai lagi yang berkaitan. Paling tidak pun, banyakkan membaca supaya tidak ketinggalan. Ada jurulatih saya lihat mengajar pengajaran 20 tahun lepas yang mana sudah tidak diguna pakai dalam sistem latihan kita lagi. :D.

Banyakkan membaca tentang anatomi, biomekanik, psikologi, fisiologi, nutrisi dan lain-lain yang berkaitan termasuk berita-berita sukan dan semasa. Kenapa perlu tahu berita sukan? Jika kita diberi tugas untuk melatih seorang atlet bola sepak, janganlah kita kata Mokhtar Dahri masih bermain. Nampak sangat pengetahuan kita pasal sukan itu hampir tiada.:D. Untuk berjaya dalam bidang ini, memerlukan kerja, bakat, kemahiran dan pengalaman. Walaupun tidak mendapat pelanggan lagi, tapi cubalah luangkan masa bersama mereka-mereka di gymnasium, jika boleh, beri mereka tunjuk ajar secara percuma. Tujuannya adalah untuk menimba pengalaman. Seseorang tidak akan terus pandai mengajar, pengalaman mengajar kita menjadi mahir dalam sesuatu. Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman.

Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan. Pelukah kita melanjutkan pelajaran di ipta/ipts dalam kursus yang berkaitan untuk menjadi jurulatih kecergasan? Lagi baik kalau ada pendidikan tinggi, menjadikan seorang trainer itu lebih berharga berbanding yg tiada. :). byk course yg kena ngan kecergasan cam sains sukan, psyhioterapist dll. tp jika tidak pun, dapatkan 1 kelayakan daripada badan bertauliah. yg saya suggestkan seperti national strength and conditioning association of fitness innovations malaysia fitness instructor malaysia. Byk gak kursus secara online. a.c.s.m boleh amik scara on9. Ade tak peluang utk jd jurulaiah kecergasan? maksud saya kursus ,. Saya ingin bertanya sesuatu.pengetahuan tentang bina badan telah saya pelajari dan banyak ebook saya baca tentang bina badan,jurulatih tidak bertauliah nie mcm mana,saya ingin jadi jurulatih kecergasan tapi saya tiada ijazah yang en zaki sebut di atas.semua kursus yang ada pada laman en zaki saya telah tahu,dan bolehkah saya jadi jurulatih kecergasan tanpa ijazah tapi saya ada byk pengetahuan tentang bina badan dan cara2 berlaku apabila orang cedera dalam gym .dan jika encik peminat bina badan,berapakah umur arnold apabila arnold menjuarai Mr.Universe.

Jika di Malaysia, procedurenya agak mudah disebabkan kurang mereka yang berpendidikan lagi. At the gym at least ada 1 sijil trainer. Cuma di dalam dunia competative ni, cuba perbaik diri, dengan menambah ilmu, pendidikan. boleh degree di universiti terbuka ke, atau mana2. pilihla samada hendak jadi trainer dengan rate 60 sejam atau trainer mungkin dengan rate 10k sehari. Arnold dilahirkan pada thn 1947, menang olympia pertama tahn 1970. umur 23. Itu mr olmpia,arnold mejuarai mr universe pada umur 19,adakah gym komersial atau tidak komersial terima instructor tak bertauliah seperti saya,adakah gym akan terima orang yang berumur 18 thn. Gym di malaysia akan terima kebiasaannya. as i know as long boleh buat sale. dorang akan bg inhouse training, utk sijil dan sebagainya. Sale nie macam mane nie,kalau produk nie mcm ebook makanan tambahan yang dato upload. Hai bro kalo berminat nk mulakan carier sebagai traineer boleh timba pengalaman bekerja di gym saya yg penting ada minat dan badan cantik..saya memerlukan pembantu gym pd masa skrg. Gym akan dibuka di tangkak johor..010-2727123.

Encik Sulaiman,saya berminat untuk berkerja di gym dan mempunyai siji ACE, boleh tak beritahu anggaran gaji sebagai jurulatih peribadi ? Ape y patut ade pade bidang nie? body wajib sasa ke? dri segi kelulusan plak ape? Rasanya dah jawab semua dlm entri di atas. Hi,saya ingin tahu banyak tentak jurulatih kecergasan dalam bolasepak,apakah tugas dan tanggung jawab? apakah kelayakkan yang perlu ada? pengalaman yg perlu ada pada seseorang jurulatih kecergasan bolasepak? Tugas jurulatih kecergasan dlm bolasepak, sama ada memastikan player kekal cergas atau ada sasaran tertentu. biasanya tertakluk pada ketua jurulatih. team yg baik ada 4 jurulatih, 1. fitness, 2. skill, 3. tactical, 4. psychology. dan ada sorang sebagai leader. Kelayakan, sekurang2 sains sukan tahap 3 dan jurulatih bola sepak dibawah persatuan bola tahap 1, atau terbalik. lebih baik jika ada kelayakan2 lain skali. pengalaman tu bergantung. Salam,ingin tahu adakah jurulatih kecergasan penting dalam pasukan bolasepak,mengapa,dan apa tugas -tugas yang perlu dilakukannya? Tugas jurulatih kecergasan dlm bolasepak, sama ada memastikan player kekal cergas atau ada sasaran tertentu. biasanya tertakluk pada ketua jurulatih. team yg baik ada 4 jurulatih, 1. fitness, 2. skill, 3. tactical, 4. psychology. dan ada sorang sebagai leader. Kalau ambik bahagian penggajian sukan blh tak jadi fitness instructor. AS SALAM.saya berumur 35thn.bolehkan pihak Tuan memberi maklumat bagaimana caranya saya ingin mengikuti kursus asas jurulatih senamrobik?terima kasih.. Saya berminat untuk mengikuti kursus instaktor erobic. Sila info saya tentang kursus yg akan di jalankan dalam waktu terdekat 2012. Sir saya nak tanya,boleh tak saya sambung sijil N.A.F.I?sebab kat saya cuma ada level 1 sahaja dan boleh beritahu berapa bayarannya sekali.Tq. Sy tertarik dgn kerjaya jurulatih tersebut, tetapi utk wanita muslimah agak susah utk masuk kerjaya ni. kerana kelayakan di kebanyakan fitness training and education centre utk menjadi jurulatih perlu membuka tudung.. ni pgalaman dari kawan sy yg lepasan ijazah sains sukan uitm.

Saya tak nafikan agak sukar untuk masuk bidang commercial, tapi sebenarnya boleh. Bergantung pada byk faktor termasuk personaliti, education dll. Boleh x sy nak dptkan no fon en zaki? Boleh saya tahu bila lagi wt kursus utk instructor yg ade iktiraf dr NAFI? Sy nk ikuti kursus nie n dptkan sijil skali. Salam..nak tanya..saya ni pelajar diploma sains sukan dan rekreasi..saya ada menjalani 1 semester untuk belajar menjadi jurulatih fitness centre..adakah saya berkelayakan untuk menjadi jurulatih setelah tamat diploma?? Kelayakan tu ada, tp bukan semua boleh jd trainer. dptkan skill utk jd trainer industri. Salam,if ada kursus instruktor senamrobik"please let me sir which i know k :)tq!! Terima kasih, artikel ni sangat bermanfaat. Saya ada satu soalan. Saya mempunyai sijil 1st-dan Taekwondo dari Kukkiwon . Adakah saya layak untuk menjadi jurulatih taekwondo individu? Perlukah saya dapatkan kelayakan-kelayakan seperti yang Tuan tulis dalam artikel ini? Terima kasih.

Dptkan sijil 1st level an experienced personal trainer taekwando, dan 3rd level sijil sport science under msn. layak utk dpt lesen spkk. atau sebaliknya, 3rd level taekwando, dan 1 st level 2 in a sport science. Bagaimana utk mendapatkan pengiktirafan NAFI saya ada bacelor of health and well-being- physical education dan master of social science in sport science tq. Xde penyamaan taraf utk NAFI. cuma ada utk sport science under msn. Di mana saya boleh ikut kursus jurulatih kecergasan. Kalau d sabah d mana saya boleh ikut kursus tersebut. Sabah sy x pasti. kalau nafi di setia alam, selangor. Saya jurulatih jasmani tentera,macam mana saya nak diitiraf sebagai jurulatih jasmani awam. Boleh sertaikan kursus dibawah NAFI untuk certification. http://strengthsifoo.com/kursus-personal-trainer/.

Salam.gaji sbg PT berdasarkan ada gaji tetap ke? ataupun bergantung kepada bilangan customer yg dptkan khidmat kita? Ikut gym. ada yg beri fixed. ada yg bergantung pada customer. lg tinggi sales, lg tinggi income. kalau berkesempatan, nanti singgah ke Subang bulan depan untuk career talk pasal PT. sy akan kongsikan serba sedikit pasal kerjaya PT. tarikh akan diberitahu kelak. Saya bercadang membuka gym utk perempuan shj tak kira bangsa or agama..dan sy berminat utk jadik personal trainer the personal trainer utk daya penarik gym sy kelak..dan ingin ikuti kursus NAFI..soalan sy apakah syarat2 utk jadik PT.. Saya terpanggil utk serius kebidang ini kerana sy lihat wanita agak terbatas utk pergi ke kk sabahader tak gym atas byk Faktor.. Selain dr tarikh 19-22 june adakah tarikh lain.. Permintaan untuk gym perempuan pun agak tinggi dkt certain place. Cuma nasihat sy, kalau ada budject, buat yg besar tp ada tempat asing utk perempuan. Buat masa ni 19-22 june yg dah comfirm. akhir tahun x comfirm tarikh lg. Hye..sye nak tnye..dekat mne yg sye boleh amik blajar kos jurulatih fitnes"sbb sbelum ni sye amik diploma beauty n health"tapi just blajar asas fitnes dlam kos tu"sye berminat untuk mnjadi jurulatih fitnes. Boleh ambil dengan kami di nasc. nanti saya keluarkan jadual untuk 2016.

Bagaimana untuk menghubungi anda? Saya berminat untuk kursus jurulatih bena badan. Semasa kursus itu berlangsung apa yang perlu dipersediakan..adakah ia melibatkan tunjuk ajar,jenis latih,kelas nutrisi atau lain2..atau ia seperti latihan..boleh bagi sedikit petunjuk tak.. Cukup ke dgn hanya miliki ijazah pengajian sukan utk menjadi seorng jurulatih kecergasan ? Berapa peringkat kursus yg NAFI sediakan jika utk capai ke tahap master ? Utk satu kursus, berapa lama utk disettle kan ? Ijazah boleh. cuma digalakkan tambah credential dengan pelbagaikan course. bermula dgn asas, fitness centre or the instructor ke personal trainer, ke specialisation, ke master. Sy berminat bdg sport injury, hal2 paramedik n fisioterapi". Sedia ada Sijil Sains Sukan Tahap 1"dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kalau di msn ada kursus sport injury. boleh buat tambahan kursus sport massage, trigger point, kinesologi tape dan sebagainya. Salam tuan.. rakan sy dlm perancangan utk membuka sebuah gym.

Jd dia minta sy utk mnjadi trainer di gymnya nnti. Sy belom pernah hadiri ape2 seminar atau kursus kejurulatihan. Adakah no contact tuan 0173999125 masih boleh dihubungi? Sy mohon tunjuk ajar dan nasihat dari tuan. Salam sejahtera,saya amat berminat untuk menjadi personal trainer. saya undergrad daru upsi dalam bidang sains sukan dan kejurulatihan.bagi saya ini peluang saya untuk mendapatkan lesen trainer. Salam sejahtera, saya undergrad dari upsi, dalam bidang sains sukan dan kejurulatihan. saya rasa peluang ini sangat baik bagi saya. Saya mencari jurulatih peribadi yang tak letak harga terlalu tinggi . ada tak sesiapa yg boleh bagi nombor telefon pada saya . btw , saya dripd ulu tiram , johor . Saya berumur 17 tahun x lama lagi nk ambik SPM.

Saya ambik aliran sains kat sekolah. Jadi, apa subjek yang perlu saya tekankan dan kursus pengajian untuk menjadi seorang Personal trainer the personal Trainer yang ada menyediakan kursus-kursus jurulatih di Malaysia. Kalau boleh yg ada menyediakan kursus-kursus jurulatih di Sarawak sbb saya asal Sarawak. Boleh sambung dgn sains sukan atau yang sewaktu dgnnya nanti lepas tamat SPM. Sy sgt berminat untuk mjadi seorang jurulatih samada personal atau berkumpulan. Tetapi malangnya sy tidak memiliki sijil spt yg disebutkan semua d atas. Hanya ada sijil kursus2 basic yg pnh sy hadiri iaitu kursus kecergasan dan jgk berkaitan dfn personal trainer.

Tetapi kursus yg sy hadiri hanya kursus yg d anjurkan olh pihak gym. 1. Jika sy x memiliki sijil yg tersebut d atas"maka sy tidak boleh mjadi trainer? 2. Untuk menjadi seorang trainer, hanya perlu memiliki sijil atau lesen juga diperlukan? Persoalan menarik boleh ditanya, boleh tak jadi doctor dgn hanya tgk youtube? dptkan kelayakan dlm bidang berkaitan apa yg kita nak. saya ada emailkan apa yg kami ada menyediakan kursus-kursus jurulatih di sini. Saya memiliki sijil Jurulatih sukan tahap 1 dari MSN dan memiliki 2 lagi sijil kecergasan lain, zumba dan fuze fitness. Sekiranya ingin mengikuti kursus NAfi, kursus apa yang tuan cadangkan?.

Related Items
how much does it cost for a personal trainer in Malaysia?
My Personal Training Diary @ Celebrity Fitness : Lesson 1 and 2 KLSifu.com
Tawaran Gym Terbaik di Malaysia CompareHero.my 
Nak Badan Solid: 3 Tips Penting Sebelum Mengambil Personal Trainer.
Gym trainer price, harga in Malaysia
share pengalaman guna khidmat instructor gym - Fesyen & Tips Penjagaan Diri - Wanita & Lelaki - Forum Infonet
Career, evening, at, fitness, first, ioi, mall Jobs in Malaysia, Job Vacancies KLSifu.com
Sehari di Fitness First
Untuk fasilitas gym apakah di sewakan KLSifu.com
GYM Membership - Chi
Services & Rates - VI FITNESS Seremban, Negeri Sembilan
Exercise & Fitness - Buy Exercise & Fitness at Best Price in Malaysia KLSifu.com
Personal Trainer - Jasa Lainnya Murah Dengan Harga Terbaik KLSifu.com
Biaya fitness & trainer untuk pemula?

Popular Topics